Program CSR “Kami Peka, Kami Prihatin”

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Team Keris Berhad telah menganjurkan satu program CSR di Maahad Darussalam & Asrama Anak Yatim Darus Salam Tambun, Ipoh sempena bulan Ramadhan baru-baru ini.

Di bawah slogan “Kami Peka, Kami Prihatin”, Team Keris Berhad berharap untuk membawa lebih banyak kegembiraan di dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan sumbangan peruntukan harian dan duit raya kepada anak-anak di Maahad Darus Salam.

Kakitangan Team Keris Berhad juga menghabiskan masa beramah mesra dan mengenali anak-anak dan penjaga Maahad Darus Salam dalam program hari ini sambil juga diterangkan sejarah penubuhannya oleh pengasasnya, Tuan Guru Hj Shuaid Din.

Tuan Guru Hj Shuaid Din, di dalam ucapan beliau bagi pihak penjaga Maahad Darus Salam berkata, “Kami berharap program hari ini oleh Team Keris Berhad mampu menjana lebih banyak minat daripada orang awam dan syarikat-syarikat swasta yang lain kerana kami berusaha keras untuk membiayai dan mengekalkan rumah ini sendiri.”

Bagi Team Keris Berhad, walaupun satu acara yang ringkas, program CSR ini memberi peluang kepada kakitangan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang komuniti kami sendiri. Kami juga gembira kerana dapat meriangkan hati anak-anak di Maahad Darus Salam pada Hari Raya ini dan bertujuan untuk menganjurkan lebih banyak program yang sama pada masa akan datang.

Team Keris Berhad telah menganjurkan satu program CSR di Maahad Darussalam & Asrama Anak Yatim Darus Salam Tambun, Ipoh…

Posted by Team Keris Berhad on Jumaat, 7 Jun 2019